ASSALAMUALAIKUM
hello , minta maaf dah lama gila tak update blog . tak tahu nak cakap pasal apa :/ just story story about my holiday yang agak baru ni . Pergi holiday 6 hari tapi semua di negeri yang berbeza . First , i went to terengganu . Buat apa? Saja jalanjalan , lagi pun dah lama tak pergi sana . In addition , negeri tempat kelahiran my father . Before bertolak kesana pada selasa pagi , kami berhenti di station bus untuk beli tiket untuk aku yang mahu bercuti di PJ . yahoooooooooo! Tiket pergi pada hari jumaat dan tiket pulang pada hari ahad . Selepas itu , bertolak ke Kuala Terengganu . Dalam perjalanan ke sana aku tidur dan bangun seketika untuk menyedut air kelapa . Memandangkan mak aku beli air kelapa yang diisi dalam plastik , tak boleh nak buat apa lah . Aku duduk sambil menyedut air kelapa tu . Tak boleh tidur . Sampai sana , check in . Bilik num
TERENGGANU
And this is the room
After siap kemas barang , perut jangan cerita lah , lapar sangat dan kami just angkat phone dan 'ROOMSERVICE' kerja mudah . we just had
Spaghetti Bolognaise
Chicken Chop
Spaghetti Carbonara
After makan , tukar baju dan swimming :) Wah , enjoy gila time tu . Balik bilik pukul 6.30 pm then bersiap untuk dinner . Malam tu kami just dinner di hotel sahaja kerana kedai yang kami nak tuju pada malam itu tutup . Sayu hati . Melepas makan steak malam tu . Malam tu kami just makan steamboat sahaja .
Malam tu semua org order air sedap sedap , aku just minum air teh cina sahaja . Aku makan cepat gila time ni cause nak balik bilik tengok Malaysia vs Palestine . Sampai bilik , buka tv dan teros sokong . Terjerit-jerit aku . Biasalah , semangat . Habis bola , tidur . Keesokkannya , pergi pasar payang . Habis duit banyak kat sana cause beli makanan je . Lazat :) Semasa berjalan balik ke kereta , aku nampak something yang sangat unik bagi aku lah . tennnnteedengggg
Ini lah nuggets angrybird .
Rase macam sosej aja . Biase je . Pandai makcik tu tarik minat budakbudak . Goodjob . Perjalanan bermula untuk ke Kota Bharu .
KOTA BHARU
Sampai kota bharu , check in dan terus ' ROOMSERVICE' . Lapar . Kat sini tak mandi manda di swimming pool pon cause aku selok bertweet dengan kawankawan aku . Oleh kerana tak dapat nak makan western food di terengganu , aku tibai makan kat sini . Chicken Chop for three please .
Disini aku just terperap kat dalam bilik je sambil onlainggg bersama rakan yang lain . Dinner malam ni just makan ikan tiga rasa dan sekutu dengan nya . Kawan mak aku belanja . Aku telan aja . Alhamdulillah . Balik bilik , OTP dan tidur . Khamis , bertolak pulang ke Kuantan .
PETALING JAYA
Sampai rumah pukul 9.30 pm dari kota bharu . Penat amat . Bergegas mencari beg untuk kemas barang ke Petaling Jaya pula pada pagi esok . Aku ke sana seorang diri . Bas aku pada pukul 7.45 am . Aku saja ambil tiket paling awal sebab sampai sana tak lah petang . Kesian pulak orang yang nak ambil aku nanti . Aku sampai di stadium pada pukul 7.42 am dan hanya aku seorang sahaja yang tinggal . Semua orang tunggu aku . Minta maaf . Tidak sengaja . Naik bas dan tidur sampai Pekeliling . Few minutes later , aku dibawa pulang . Lepas makan tengahari , aku tidur sampai petang . Tidur bilik mimi yang ★★★★★ . Malam pula , tunggu pakcik atan balik dari tengok bola baru boleh dinner dan pakcik atan sampai rumah pukul 11.30 pm . Kami dinner di luar malam tu . Pergi makan nasi lemak . Aku makan 2 bungkus . Lepaklepak dan pulang ke rumah hampir pukul 2 pagi . Mataku -______________________- Ohh , mengantuk sekali . Terhuyung hayang naik tangga . Sampai , tidur . Esok bangun pagi :) Tolong mamaku di PJ buat kek . Petang ada majlis bertunang dan after that event , hangout . YEAY ٩㋡۶ . A ku pergi shopping di The Curve dan yang berdekatan dengan nya . Berdua aje jalan kaki ke sana . Dekat amat . Ini kerana rumah nya di Mutiara Damansara . Start keluar pukul 6 dan balik pukul 9 . Malam tu aku belanja family mereka makan Pizzahut . Banyak woi duit habis kat sana . Yang hanya dapat diambil gambar hanya lah ni
Beli dengan aku punya suwittttharddd . Hahahaha . Gedik aku . Kidding lol . Barang yang lain biarlah secret . Balik rumah , mereka melantak dan aku tak tidur pon malam tu , berbual-bual kosong tetapi penuh makna . Ayat aku . Tak kisah mana tak tidur sebab duduk dalam bas buat apa ja . Tidur lah ofcourse . Sampai kuantan around 1 pm then berjalan dahulu ke ECM dan MEGAmall . Pukul 4 baru balik . Penat tapi Woaaaaa :) Terima kasih kepada sesiapa yang telah menceriakan hari hari ku .
Tamat .



















No comments:
Post a Comment